Penghutanan Tanah Tinggi Lojing Lojing

Jambatan di Lojing

Syarikat Telemont Group telah diberi kontrak untuk menjalankan aktiviti penghutanan semula dan biotet intregrasi di kawasan Lojing semenjak tahun 2002. Sehingga tahun 2007 syarikat Telemont ini telah menanam 3,380,000 batang pokok jati, 600,000 batang pokok mahogani dan 1,400,000 batang pokok karas di kawasan seluas 900 hektar. Pengarah Telemont Group ialah Datuk Peter Khoo Tai Chong. Program penghutanan semula pokok ini mendapat kerjasama dan penyeliaan dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Selangor. Lebih 20 juta batang pokok telah ditanam di kawasan Lojing dalam tempoh 4 tahun.

Pada tahun 2007, Syarikat Telemont Group dengan kerjasama Lembaga Industri Perkayuan Malaysia dan Forest Plantation Sdn Bhd telah menanam pokok getah yang juga menyumbang kepada ekonomi tempatan. Aktiviti penghutanan semula giat dilakukan pada aras 500 m dan 300 m dari aras laut.